fb fb fb fb fb

Percutian enam sahabat berakhir tragedi, salah seorang maut jatuh tingkat 14 pangsapuri

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu untuk bedah siasat / RTM

KUALA TERENGGANU, 16 Januri- Percutian enam sahabat  dari Machang, Kelantan ke Terengganu bertukar tragedi apabila salah seorang dari mereka maut dipercayai terjatuh dari tingkat 14 sebuah pangsapuri di Kuala Terengganu.

Mangsa Muhammad Irham Tarmizi Rusaini 17 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Azli Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 12.30 tengah hari tadi.

Mayat mangsa ditemui pekerja pembersihan ditingkat enam pangsapuri tersebut.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Kuala Terengganu untuk bedah siasat.

Pihaknya mengklasifikasi kes sebagai mati mengejut.

Bagaimana pun siasatan lanjut  masih dijalankan berhubung punca kejadian.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE