NARATHIWAT, 16 Januari- Kerajaan Thailand mengalu-alukan rakyatnya yang bekerja di Malaysia untuk pulang bekerja di negara sendiri.
Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham berkata, pihak kerajaan kini sedang giat meningkatkan tahap ekonomi penduduk terutuama di tiga wilayah selatan.
Beliau berkata, kerajaan Thailand ketika ini menitikberatkan soal pembangunan insan dan ekonomi rakyat tanpa mengira kaum dan agama dalam usaha memajukan wilayah selatan.
Katanya, kerajaan mengalu-alukan kemasukan pelancong ke negara itu selain membuka peluang kepada rakyat bekerja dalam sektor pelancongan.
Ujarnya, dalam usaha meningkatkan ekonomi penduduk, kerajaan menyediakan geran dan peruntukan kepada golongan sasar untuk memulakan perniagaan dan pertanian.
"Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa di kawasan tempatan kita ada banyak lagi jawatan kosong, kita bersedia untuk orang ramai yang berminat untuk pulang bekerja di negara Thailand masih boleh pulang untuk bekerja," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan rakyatnya bekerja di Malaysia kerana tawaran gaji yang tinggi selain terpengaruh dengan gerakan menentang kerajaan.
Trakul berkata, pada masa ini, kerajaan Thai meletakkan keharmonian dan keamanan sebagai perkara asas dalam usaha memajukan wilayah selatan.
Katanya, konflik yang berlaku sebelum ini dicetuskan oleh pihak yang mempunyai agenda tertentu yang seperti kumpulan sindiket pemerdangangan manusia, tawaran pekerjaan.
Sementara itu, seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, dia terpengaruh dengan tawaran bekerja di Malaysia kerana tekanan hidup yang dihaadapi di Thailand.
Katanya, nekad mahu mengubah nasib dia terpengaruh dengan tawaran sindiket berkenaan dan datang ke Malaysia secara haram menerusi Sungai Golok.
Namun, sebaik tiba di Malaysia, mereka dibiarkan tanpa arah tuju sebelum ditahan pihak berkuasa.
Katanya, ekoran itu dia menjalani hukuman penjara lebih lima tahun sebelum dibenarkan pulang ke Thailand.
Ahmad merupakan salah seorang daripada 131 mangsa sindiket yang memasuki Malaysia secara haram untuk pada tahun 2008 sebelum mereka ditahan pihak berkuasa beberapa jam selepas menjejakkan kaki ke Malaysia.