fb fb fb fb fb

Perbincangan mengenai DNB berjalan lancar

PETALING JAYA, 27 Ogos - Perbincangan mengenai perjanjian kepentingan Digital Nasional Bhd (DNB) berjalan dengan baik dan akan memenuhi tarikh akhir apabila pemeteraian oleh enam syarikat telekomunikasi akan diadakan pada 31 Ogos.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mempengerusikan mesyuarat pada 29 Ogos untuk memutuskan beberapa terma.

(Annuar ketika Celcom Business Tech Week 2022
dan 
pelancaran Axiata Group Bhd Cyber Fusion Centre (ACFC))

"Saya tahu apa yang akan diputuskan oleh MCMC dan ia baik untuk semua pihak. Saya yakin semua pihak boleh terima," katanya dalam lawatan ke Celcom Business Tech Week 2022 dan pelancaran Axiata Group Bhd Cyber Fusion Centre (ACFC). 

Annuar berkata beliau telah bertemu wakil daripada MCMC dan DNB semalam untuk mengetahui perkembangan kedua-dua pihak. 

“Sudah tentunya ada proses-proses yang sedang berjalan dan saya berbesar hati untuk memaklumkan bahawa keadaan berjalan dengan baik dan memenuhi semua tarikh akhir.

“Kemudian antara DNB dan syarikat telekomunikasi. Tentulah ada perbincangan terutamanya mengenai aset dan harga yang melibatkan MCMC sebagai pengawal selia,” katanya.

Beliau juga telah bertemu Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada Jumaat berhubung langkah penstrukturan semula untuk memberi laluan kepada kesemua enam syarikat telekomunikasi memegang 70 peratus kepentingan dalam DNB.

"Saya berbincang dengan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab terhadap DNB sebelum ia dipindahkan ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia,” katanya. - BERNAMA 

 

Media Baharu