fb fb fb fb fb

Perbahasan LKAN, ketidakhadiran blok pembangkang tidak bertanggungjawab

(Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul)

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Ketidakhadiran blok pembangkang dalam sesi perbahasan usul Laporan Ketua Audit Negara (LKAN), disifatkan sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Malah mereka dianggap gagal menjalankan tugas semak dan imbang terhadap laporan berkenaan.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata meskipun LKAN tidak pernah dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat, ia tidak menjadi kesalahan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan seperti yang didakwa pembangkang.

"Ia tidak bertentangan dengan apa yang dinyatakan dalam perlembagaan. Perlembagaan tidak kata tak boleh bahas, cuma perlu dibentangkan sahaja, jadi kalau kita kerajaan ini nak mengambil satu langkah yang lebih iaitu untuk membahaskannya, sepatutnya pihak pembangkang menyokong perkara ini.

"Bukannya membuat seperti yang mereka lakukan hari ini iaitu memboikot dan tidak ke hadir ke dalam dewan," katanya pada sidang media, di Parlimen, hari ini.

(Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan)

Terdahulu pada sidang Dewan Rakyat sesi pagi, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memutuskan usul berkenaan dibentang dan dibahaskan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Ia bagi memperbaiki pengurusan kewangan negara, selain menjelaskan peruntukan dana awam yang dibelanjakan.

Berita Berkaitan
Kerusi pembangkang kosong ketika sesi perbahasan LKAN 2021

Media Baharu