fb fb fb fb fb

Projek rintis kluster diperluas ke lima klinik kesihatan

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Projek rintis kluster akan diperluas ke lima buah klinik kesihatan lagi bagi mengurangkan kesesakan dan tempoh menunggu di Unit Kecemasan dan Trauma hospital terpilih.

Jelas Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, projek rintis itu akan dilaksana dalam masa terdekat bagi mengurangkan kesesakan pesakit di Zon Hijau.

Beliau optimis projek berkenaan dapat mengurangkan kesesakan seperti di Kluster Hospital Tengku Ampuan Rahimah menerusi penyuraian pesakit ke Klinik Kesihatan Bandar Botanik, Klang.

"Purata waktu menunggu antara 30 hingga 60 minit bergantung pada jenis kes. Kita turut melaksana di lima klinik lain bagi memastikan isu kesesakan di kecemasan dapat diatasi dan melancarkan perkhidmatan kesihatan," kata beliau di Parlimen.

Tambahnya, sepanjang 59 hari beroperasi, seramai 9,913 pesakit bergejala ringan dan bukan kecemasan dirawat di Klinik Kesihatan Bandar Botanik dengan purata masa menunggu 30 hingga 60 minit.

(Dr Zaliha berkata projek rintis kluster diperluas ke lima klinik kesihatan)

Media Baharu