fb fb fb fb fb

Perbaharui lesen 10 tahun bukan paksaan

SEREMBAN, 8 Mei- Inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) bagi tempoh 10 tahun yang bermula hari ini bukan suatu paksaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia dilaksanakan setelah mengambil kira maklum balas rakyat untuk memanjangkan tempoh sah laku lesen.

"Ia merupakan pilihan, bukan kita paksa datang untuk bayar pembaharuan lesen untuk 10 tahun, tidak.

Ada orang kata mungkin saya tak mampu bayar 10 tahun, tidak mengapa, kita benarkan bayar setahun, kalau tak nak bayar sekaligus 10 tahun tiada masalah, itu pilhan," katanya ketika mengadakan lawatan ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Seremban di sini.

(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menunjukkan LMM digital
yang telah diperbaharui bagi tempoh 10 tahun / Foto BERNAMA)

Beliau turut memaklumkan diskaun 10 peratus kepada mereka yang membuat pembayaran bagi pembaharuan lesen untuk tempoh 10 tahun akan terus dilaksana.

Media Baharu