fb fb fb fb fb

Perak tiada halangan anjur bazar Ramadan di kawasan masjid

IPOH, 21 Fabruari - Kerajaan Perak tiada halangan untuk para peniaga menjalankan aktiviti bazar Ramadan di dalam kawasan masjid sepanjang bulan Ramadan akan datang, selagi Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi sepenuhnya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menjelaskan ia harus mendapat persetujuan ahli jawatankuasa masjid dan lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu.

"Tiada masalah namun hendaklah dipersetujui oleh jawatankuasa masjid dan perlu lesen yang diperolehi daripada PBT. Walaupun PBT tidak mengenakan bayaran tetapi lesen itu kena ada," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Rangkaian Infrastruktur Gentian Optik Jalur Lebar Allo Technology peringkat negeri Perak di sini, hari ini.

Media Baharu