fb fb fb fb fb

Perak pelawa pihak swasta urus Kompleks Sejarah Pasir Salak

IPOH, 16 Ogos- Kerajaan Perak mengalu-alukan mana-mana pihak swasta yang berminat untuk mengurus Kompleks Sejarah Pasir Salak yang kini berada dalam keadaan terbiar agar dapat kembali beroperasi seperti sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata permohonan boleh dibuat menerusi 'Request For Proposal (RFP)'.

Jelas beliau, isu tersebut telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Exco baru-baru ini dan diletakkan di bawah tanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Dato' Nolee Ashilin Datuk Mohammad Radzi.

(Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad)

Setakat ini pihaknya belum menerima kos sebenar pemuliharaan tersebut. Bagaimanapun, ia akan melibatkan perbelanjaan tinggi.

"Kalau ada mana-mana pihak swasta yang ingin menguruskannya, dia boleh datang kepada kerajaan negeri beri proposal, yang penting bukan sahaja memulihara, yang penting kekalkan, kita mungkin ada duit memulihkannya tapi hendak kekalkan jaga hari-hari kita perlukan operator", katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Hari Bertemu Pelanggan di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Media Baharu