fb fb fb fb fb

Perak bentang Enakmen Perladangan Unggas 2005 bulan ini

(FOTO FAIL)

IPOH, 10 Mei - Kerajaan Perak akan membentangkan Enakmen Perladangan Unggas 2005 akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak, bulan ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pembentangan enakmen tersebut akan menyentuh mengenai kaedah penternakan ayam di negeri itu.

Beliau bagaimanapun berkata, ladang ternakan ayam bukan faktor utama kepada isu lalat namun turut melibatkan faktor lain.

(Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad)

"Kita tidak boleh menuduh ladang ternakan ayam sebagai punca, walaupun dibuat secara sistem tertutup ia tertakluk kepada pengurusan tinja itu jadi kepada mereka yang bertanam sawit janganlha sesuka hati pergi ambil dan letak di perdu sawit, buka guni dia adalah punca lalat sebenarnya," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Bangunan Darul Ridzuan, di sini.

Pada Isnin, tular di media sosial rayuan penduduk di Bandar Baru Setia Awan Perdana, Sitiawan, Perak berhubung isu lalat yang terlalu banyak.

Penduduk mendakwa masalah itu berpunca daripada ladang penternakan ayam di kawasan perumahan mereka.

Media Baharu