fb fb fb fb fb

Penyediaan pek makanan guna teknologi 'retort' wajar diperluas ke PPS seluruh Sabah

PUTRAJAYA, 28 Januari- Kota Marudu, daerah paling teruk terjejas banjir di Sabah.

Tinjauan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali mendapati, pengurusan bencana di kawasan itu berjalan lancar.

Ini termasuk penyediaan pek makanan menggunakan teknologi retort kepada penduduk terjejas yang ditempatkan di PPS.

"Penyediaan pek makanan seumpamanya merupakan projek rintis yang pertama kali dilakukan di Sabah.

Ia dapat memastikan makanan disediakan segera selain menjamin kualiti dan kebersihannya," menurut kenyataan itu.

Mengambi lkira maklum balas positif yang diterima, Armizan berpendapat penyediaan makanan retort wajar diperluas ke PPS seluruh negeri.

Perbincangan mengenainya akan dilakukan bersama kementerian dan agensi berkaitan.

(Datuk Armizan memaklumkan penyediaan pek makanan guna teknologi 'retort' wajar diperluas
ke PPS seluruh Sabah)

Media Baharu