fb fb fb fb fb

Persediaan telah dibuat hadapi luruan monsun

PUTRAJAYA, 28 Januari- Persediaan telah dilakukan oleh semua agensi terlibat bagi menghadapi luruan monsun kali ini yang dijangka berlanjutan hingga 4 Februari dan bertumpu di timur Semenanjung serta Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Armizan Mohd Ali menerusi satu kenyataan berkata kebanyakan pusat pemindahan sementara (PPS) sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Sehubungan itu, usaha menambah baik kemudahan tersebut terutama tandas dan bilik air sentiasa dilakukan.

Untuk jangka panjang kerajaan bercadang membina bangunan PPS kekal di beberapa kawasan berisiko tinggi banjir.

(Persediaan telah dibuat hadapi luruan monsun)

“Pada masa ini usaha kita adalah memberi bantuan dan kemudahan kepada mangsa banjir. Selepas monsun ini beransur reda kita akan mula meneliti dan melaksana pelbagai perancangan untuk tambah baik seperti fokus prasarana PPS dan pek 'retort' itu tadi,” kata Armizan.

Katanya penyediaan makanan dengan teknologi retort di PPS merupakan langkah alternatif kepada penyediaan makanan secara konvensional.

Pendekatan itu amat bersesuaian untuk memastikan makanan dapat disediakan dengan segera kepada penduduk terjejas yang baru tiba, selain menjamin kualiti makanan dari aspek kebersihan, keselamatan dan khasiat.

Media Baharu