fb fb fb fb fb

Penyasaran semula subsidi memfokuskan tanggungan isi rumah

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali

KUALA LUMPUR, 25 Oktober - Pendekatan penyasaran semula subsidi yang akan dilaksanakan secara berfasa mulai tahun hadapan akan menitik beratkan soal tanggungan isi rumah berbanding faktor pendapatan.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata faktor tersebut penting bagi memastikan pengagihan yang lebih komprehensif dan dapat diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Beliau berkata matlamat KPDN menerusi pelaksanan penyasaran subsidi tersebut juga adalah supaya memastikan perlindungan sosial masyarakat turut terjamin.

"Di peringkt KPDN, sejak daripada awal sehingga kini, sehingga ke peringkat pelaksanaan nanti , penegasan kita adalah penyasaran subsidi perlu dan wajib hadir bersama-sama jaminan perlindungan sosial kepada masyarakat dan apa bentuk jaminan perlindungan sosialnya adalah pelbagai samada daripada segi intervensi dan daripada segi mitigasi," kata Armizan kepada pemberita selepas Program Naratif Khas Pasca Belanjawan 2024 di Angkasapuri.

Dalam Belanjawan 2024 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan melakukan penyasaran semula subsidi secara berperingkat bermula tahun depan dengan penjimatan disalur untuk meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion.

TETITIA YUSOFF