fb fb fb fb fb

Penyakit demam babi dikesan

GEORGE TOWN, 6 Januari - Ladang babi di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan di tutup bagi menghapuskan ternakan itu, ekoran penyakit demam babi Afrika atau ‘African Swine Fever’ (ASF) dikesan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang sedang melaksanakan langkah-langkah pencegahan di ladang itu, termasuk menghentikan operasi kenderaan pengangkutan babi rentas negeri, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow. 

"Keseluruhan ladang (babi) itu telah ditutup dan babi sedang dimusnahkan serta ditanam di lokasi pada masa ini, kami mahu membendungnya serta menghalangnya daripada merebak ke ladang babi lain," katanya di sini.

Chow berkata kerajaan negeri telah mengambil langkah sewajarnya dan menasihati penternak babi di Pulau Pinang untuk mengambil langkah berjaga-jaga, apabila wabak ASF melanda negeri lain kira-kira dua bulan lalu.

(FOTO FAIL)

"Namun, di sebalik semua langkah berjaga-jaga ia tetap berlaku dan kita telah merekodkan satu kes ASF di SPS," katanya.

Media Baharu