fb fb fb fb fb

Penutupan beberapa jalan di Ipoh sempena Thaipusam, esok

FOTO: BERNAMA


IPOH, 15 Januari - Beberapa jalan di sekitar daerah Ipoh akan ditutup bermula esok sehingga 19 Januari ini sempena sambutan Thaipusam.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Polis (ACP) Yahaya Hassan berkata, kemuncak perayaan Thaipusam yang bakal disambut pada Selasa ini akan diadakan di dua lokasi iaitu di Kuil Sri Subramaniar, Gunung Cheroh, Jalan Raja Musa Aziz dan di Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Sungai Pari, Buntong.

"Justeru, bagi melancarkan perjalanan dan keselamatan lalu lintas acara sambutan perayaan ini beberapa jalan utama di bandar raya Ipoh akan ditutup atau dilencongkan secara berperingkat bermula pukul 8 malam esok." Kata Yahaya dalam satu kenyataan.

Antara laluan yang terlibat ialah Jalan Sungai Pari, Jalan Tun Perak, Jalan Lahat, Jalan Sultan Yusoff, Jalan Sultan Iskandar, Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Laxamana serta Jalan Raja Musa Aziz.

Beliau berkata, selain itu penutupan jalan turut diadakan di Jalan Raja Ekram, Jalan Dato' Yeoh Cheng Lee, Jalan Dato' Onn Jaafar, Jalan Horley, Jalan Lim Bo Seng dan Jalan S.P Seenivasagam.

"Sehubungan itu, pengguna jalan raya khususnya warga Ipoh dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan semasa penutupan jalan dibuat." Katanya lagi.

 

Media Baharu