fb fb fb fb fb

Penunggang motosikal cedera rempuh kereta peronda polis

Foto FB Johor Bahru

KULAI, 15 Julai - Seorang penunggang motosikal cedera selepas merempuh bahagian belakang sebuah kereta peronda polis di Kilometer 37.2 Lebuhraya Utara-Selatan, dalam kawasan Kulai, Johor kira-kira pukul 4 petang semalam.

Mangsa, lelaki berusia 21 tahun dilaporkan patah tangan dan sedang menerima rawatan di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner (ACP) Tan Seng Lee, kejadian berlaku apabila mangsa memotong sebuah kenderaan lain lalu memasuki lorong kecemasan dan sebuah kereta peronda polis ketika itu sedang berhenti untuk menjalankan pemeriksaan terhadap sebuah van.

Akibat perlanggaran, mangsa tercampak ke tengah jalan, manakala anggota polis yang berada di lokasi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

NIZAMIAH ASIQIN MOHD ZUKNI