fb fb fb fb fb

Penubuhan Suruhanjaya TVET dipertimbang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga, kiri) bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) menyempurnakan Majlis Perasmian Hari TVET Negara 2025 di MITC, Ayer Keroh

AYER KEROH, 12 JUN- Syor untuk menubuhkan Suruhanjaya Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedang dipertimbang kerajaan.

Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim langkah tersebut memandangkan pertambahan jumlah pelajar dan jenis latihan TVET ketika ini.

"Ada cadangan yang harus kita beri pertimbangan sama ada untuk mengangkat kedudukan Majlis TVET negara menjadi Suruhanjaya.

"Kita akan tunggu apakah kita boleh beri pertimbangan sesegera mungkin berdasarkan perubahan yang berlaku dengan pertambahan jumlah pelajar dan jenis latihan TVET," jelas Perdana Menteri ketika berucap pada Hari TVET Negara di Ayer Keroh.

Mengulas lanjut, kerajaan akan turut memastikan kemudahan di TVET tetap diberi keutamaan selaras agenda transformasi TVET.

"Saya dan juga Kementerian Kewangan akan meneliti supaya kemudahan di TVET turut diberi keutamaan.

Apakah 'machinery' cukup? Apakah bentuk latihan teknikal 'expertise' cukup? Dan bagaimana kita boleh pastikan sinergi dengan syarikat-syarikat kerajaan dan juga swasta," ujar Datuk Seri Anwar.

NORAINI BINTI WAHIB