fb fb fb fb fb

Penjenamaan semula Malaysia Heritage Studios, jana 200 peluang pekerjaan

200 peluang pekerjaan menanti penduduk setempat dengan penjenamaan semula Taman Mini Malaysia dan ASEAN atau lebih dikenali kini Malaysia Heritage Studios (MHS)

AYER KEROH, 5 Februari - 200 peluang pekerjaan menanti penduduk setempat dengan penjenamaan semula Taman Mini Malaysia dan ASEAN atau lebih dikenali kini Malaysia Heritage Studios (MHS).

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata usaha penjenamaan ini bukan sekadar menarik kehadiran pelancong, malah membantu menaikkan produk pelancongan sekali gus meningkatkan nilai hartanah kerajaan negeri Melaka.

"Pengiat-pengiat industri pelancongan di negeri Melaka perlu lebih bijak dan berani menggunakan peluang untuk bergerak secara kreatif dengan memajukan kawasan pelancongan mengikut peredaran masa dan memperkasa tumpuan pelancongan negeri.

"Kerajaan negeri menyokong dan optimis dalam memperkasa dan memperkukuh sektor pelancongan yang menjadi nadi pengukuhan ekonomi di negeri Melaka," katanya kertika berucap pada Majlis Perasmian Pembukaan Malaysia Heritage Studios, di sini.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata Malaysia Heritage Studio juga tidak terkecuali menawarkan tawaran percuma kepada pengunjung atau pelancong pada 20 Februari ini.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN