fb fb fb fb fb

Penjawat awam Langkawi hargai kenaikan gaji, PM titip pesanan

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

LANGKAWI, 27 Disember- Penjawat awam di sini dekat Kedah menzahirkan penghargaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kenaikan gaji baru-baru ini.

"Alhamdulillah, (saya) turut ketemu penjawat awam di sini yang menzahirkan penghargaan atas kenaikan gaji baru-baru ini. Saya titipkan pesanan untuk kita terus tingkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan kepada rakyat," ujar Anwar menerusi Facebooknya hari ini.

Kunjungan Perdana Menteri ke sini bermula dengan makan tengah hari di gerai Kak Yan Nasi Campur sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hana di Kuah.

"Sempat bertanya khabar dan mendengar sendiri pandangan serta permasalahan daripada penduduk setempat," tambahnya.

Usai solat Jumaat, beliau bertemu dengan penduduk dan para pelajar untuk bertanyakan keadaan kemudahan asas serta infrastruktur di sekolah seperti tandas dan bilik darjah, selain keselesaan guru dan murid.

"Segala pandangan, aduan dan permasalahan yang dibangkitkan oleh penduduk Langkawi akan saya teliti secara terperinci, insya-Allah," ujar Perdana Menteri.

SITI AISHAH MD ISA