fb fb fb fb fb

Penjawat awam komited dukung, 'neutrality dan government of the day'

KUALA LUMPUR, 20 November - Anggota Perkhidmatan Awam akan terus komited mendukung konsep 'neutrality dan government of the day' berlandaskan 'rule of law', kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Ia sebagai menjunjung kasih titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenaan pembentukan Kerajaan pasca Pilihanraya Umum ke-15.

"Mendepani situasi semasa, saya memberi jaminan bahawa Anggota Perkhidmatan Awam akan terus menyempurnakan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan tidak terjejas kepada rakyat dan pemegang taruh," katanya dalam satu kenyataan.

(FOTO FAIL)

Mohd Zuki berkata, anggota Perkhidmatan Awam sentiasa siap sedia dan berpegang teguh kepada prinsip dan ikrar Perkhidmatan Awam demi rakyat dan Negara yang dicintai.

Media Baharu