fb fb fb fb fb

Tan Sri Noh Omar letak jawatan sebagai Pengerusi UMNO Selangor

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 20 November - Bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar secara rasminya mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.

Ini selepas beliau hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau bagaimanapun masih Ahli Majlis Tertinggi (MKT) dan akan hadir ke mesyuarat yang diadakan namun tidak akan menghadiri Mesyuarat Biro Politik.

(Tan Sri Noh Omar / FOTO FAIL)

"Saya secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, bukan sahaja Presiden tidak percaya pada saya tetapi saya pun sudah tidak percaya dengan kepimpinannya.

"Saya pun minta jika Presiden berjiwa besar dia patut letak jawatan seperti mana yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib bila kalah dalam PRU14 dia dipaksa meletak jawatan," katanya kepada pemberita di Menara Dato' Onn, di sini.

Dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diumumkan awal pagi tadi, Barisan Nasional (BN) dilaporkan hanya berjaya memperoleh 30 kerusi Parlimen iaitu jumlah kerusi lebih rendah berbanding dicapai mereka pada PRU14.

Media Baharu