fb fb fb fb fb

Polis sedia hadapi pasca PRU15, tempoh pembentukan kerajaan - KPN

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 20 November - Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus bersedia menghadapi fasa pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan tempoh pembentukan kerajaan dalam memastikan ketenteraman awam terjamin.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani turut mengingatkan agar tiada mana-mana pihak cuba menimbulkan perkara-perkara yang boleh menggangu-gugat keselamatan dan ketenteraman awam dalam tempoh pasca PRU15 ini.

(Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani / FOTO FAIL)

“Semua elemen telah digerakkan untuk memastikan keselamatan awam terjamin,” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Acryl, PDRM akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang dikesan cuba mengancam tahap keselamatan negara.

Media Baharu