fb fb fb fb fb

Penjawat awam disaran pelihara prestasi, produktiviti dan integriti

Datuk Dr. Adnan Mat/Foto Bernama

SEREMBAN, 14 Ogos - Pengerusi Kongres Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr. Adnan Mat menyeru penjawat awam hadir beramai-ramai ke Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya esok.
 
Beliau berkata, tiga daripada empat perkara utama telah dimuktamadkan, manakala satu lagi masih menunggu pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri.

Datuk Dr. Adnan mengingatkan semua ahli, supaya bersatu dan mengukuhkan keahlian sebagai kumpulan pendesak utama kepada kerajaan disamping memelihara prestasi, produktiviti dan integriti sepanjang perkhidmatan sebagai pe jawat awam.

''Mengambil ucapan daripada yang amat berhormat Perdana Menteri juga, pada MAPA yang lalu menyarankan agar kita semua berilah pulangan yang setimpal dengan kenaikan gaji dengan menunjukkan prestasi kerja kita produktiviti kita dan juga integriti kita yang sentiasa terpelihara.

"Ini amat penting kerana apa? Jika kita mampu melakukan perubahan, maka amat mudah kepada CUEPACS untuk membincangkan sesuatu menjelang tahun 2027 yang akan datang sudah pastilah kami sedang merangka apakah pengumuman pada tahun 2027 yang akan datang," katanya.

Datuk Dr. Adnan turut menegaskan prinsip perjuangan CUEPACS, iaitu setiap perubahan dasar kerajaan perlu berlandaskan konsep “No Less Favourable”, termasuk pelaksanaan skim lantikan tetap bercaruman bagi pengambilan baharu mulai Disember 2025

Beliau berkata demikian ketika hadir di Majlis Apresiasi Madani Negeri Sembilan malam tadi dan menyatakan penghargaan kepada jasa pesara dan mantan kepimpinan CUEPACS.

Dalam pada itu, Datuk Dr. Adnan merakamkan penghargaan kepada mantan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kerana mempertahankan polisi waktu kerja 42 jam seminggu dan menyatakan pengiktirafan kepada perjuangan terdahulu yang membawa pelbagai manfaat kepada penjawat awam, termasuk kenaikan pangkat “time-based” dan bayaran insentif BIP.

ASHRIQ FAHMY AHMAD