fb fb fb fb fb

Pengusaha gagal patuhi SHMMP bakal dikenakan tindakan tegas

BAHAU, 16 Januari- Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pengusaha yang gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2023.

Menurut Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, S.Veerapan,  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan akan melaksanakan pemantauan ketat melalui pemeriksaan berkala dan penyamaran ke lokasi pilihan bagi memastikan pematuhan SHMMP dilaksanakan.

"Saya mengingatkan peniaga untuk mematuhi peraturan- peraturan yang kita tetapkan dibawah SHMMP. Sekiranya mana-mana peniaga gagal mematuhi peraturan ini dan meningkatkan harga barang, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang  melakukan kesalahan dibawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya ketika ditemui di sini.

SHMMP Tahun Baharu Cina 2023 dilaksanakan selama 14 hari bermula semalam sehingga 29 Januari ini melibatkan lapan jenis barangan kawalan termasuk ikan bawal putih, udang putih, bawang putih, ubi kentang, kobis bulat dan daging babi.

Orang ramai diminta menyalurkan aduan kepada KPDN jika terdapat kegagalan pematuhan SHMMP oleh mana-mana pengusaha kedai.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu