fb fb fb fb fb

Pengusaha "food truck" perlu pastikan makanan bersih dan berkualiti

Pastikan makanan yang dijual bersih, selamat dan berkualiti / Foto FB JKN Terengganu

KUALA TERENGGANU, 29 Julai - Kebersihan makanan perlu dititikberatkan terutama bagi pengusaha "food truck" atau trak makanan kerana ia semakin menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat tempatan dan pelancong.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong, langkah itu bukan sahaja melindungi pengguna tempatan malah ia memberi keyakinan kepada pelancong luar.

Menyedari tahap keselamatan makanan yang dijual perlu berada pada tahap terbaik dalam semua aspek, satu sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2025 peringkat Terengganu telah dianjur.

"Fokus diberi terhadap pengusaha trak makanan dengan memastikan makanan yang dijual bersih, selamat dan berkualiti," katanya semasa merasmikan Hari Keselamatan Makanan sedunia 2025 peringkat negeri di Kuala Terengganu.

21 daripada 75 pengusaha trak makanan yang diperiksa berjaya diiktiraf Bersih, Selamat dan Sihat, Bess.

Ia merangkumi aspek pengendalian makanan, sanitasi, dan tahap kesedaran kesihatan awam.

HASRON BIN HASSAN