fb fb fb fb fb

Pengurusan pasca banjir jadi keutamaan, sedia keperluan bantu penduduk terjejas

MERSING, 28 Januari- Pengurusan pasca banjir menjadi keutamaan kerajaan dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Terutamanya dalam memastikan kawasan terjejas bersih selepas dilanda banjir.

Bagi tujuan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyediakan ‘water jet’ untuk diagihkan kepada ketua-ketua keluarga kawasan tertentu.

"Insya-Allah saya akan mobilisasikan Badan Bukan Kerajaan (NGO) melalui koordinasi yang telah saya susun di peringkat nasional, kebangsaan dan pada hemat saya di peringkat negeri dan daerah juga NGO dapat membantu penduduk terjejas banjir dan pasca banjir.

"Inilah masalah paling besar terutama apabila ada kehilangan dokumen, ada berlaku kerosakan bukan hanya pada struktur bangunan rumah tetapi juga peralatan dapur dan lain-lain.

"Ini kita akan lakukan koordinasi dengan NGO bagi peralatan ini, dapat kita bantu sedikit sebanyak meringankan beban mereka," katanya.

(Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi)

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas melawat PPS di Politeknik Mersing.

Dalam pada itu, katanya tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat banjir di negara ini berikutan bencana itu hanya berlaku di beberapa negeri dan daerah sahaja.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara menjelaskan, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang terlibat sudah mengambil langkah proaktif bersama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah serta menyalurkan bantuan segera kepada keluarga terjejas.

Media Baharu