fb fb fb fb fb

Majikan dan pekerja asing diberi amaran jangan guna PLKS palsu

KLUANG, 28 Januari- Majikan dan pekerja asing diberi amaran supaya tidak menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu bagi membekalkan tenaga kerja asing kepada pelbagai sektor di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil jika pihaknya mengesan kegiatan seperti sindiket yang didalangi warga Bangladesh di Pelabuhan Klang, baru-baru ini.

Menurut beliau, siasatan terhadap sindiket itu dibuat mengikut Akta Pasport, Akta Imigresen dan Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Katanya, kerajaan sudah melaksanakan polisi mudah bagi menyenangkan permohonan pas lawatan kerja sementara.

Perjumpaan juga telah dibuat dengan duta-duta Nepal, Indonesia dan Bangladesh bagi menerangkan proses permohonan.

"Negara sumber ini kita minta kerjasama untuk menerangkan kepada rakyat negara mereka yang berhasrat datang ke Malaysia dan bekerja patuh undang-undang boleh cari rezeki secara baik sektor ekonomi dibantu elakkan perlakuan bercanggah dengan undang-undang," kata Saifuddin ketika diminta mengulas mengenai sindiket itu di sini.

(Datuk Seri Saifuddin Nasution Majikan dan pekerja asing diberi amaran jangan guna PLKS palsu)

Media Baharu