fb fb fb fb fb

Pengundi muda punya pengaruh kuat mencorakkan politik negara

(Perdana Menteri berucap dalam program Temu Anwar, Bicara Pendidikan MADANI
di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang/Fb Anwar Ibrahim)

KEPALA BATAS, 5 Ogos- Pengundi muda berusia 18 hingga 25 tahun, mempunyai pengaruh kuat dalam mencorakkan politik negara sekali gus berupaya menentukan masa depan Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sehubungan itu, golongan muda harus bijak dalam membuat pilihan dalam Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri Ke-15 (PRU DUN Ke-15) di enam negeri bagi menentukan masa depan negara.


(Perdana Menteri berucap dalam program Temu Anwar, Bicara Pendidikan MADANI
di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang/Fb Anwar Ibrahim)

"Kelompok ini tentunya punyai pengaruh undi jumlah yang besar dan belum pernah mengundi sebelum ni. Adakah mereka akan mempengaruhi? Tentunya, umur 18 ke atas akan menentukan corak politik Malaysia.

"Sebab itu anak-anak harus fikir untuk menentukan corak politik Malaysia ini, corak yang mana, corak yang aman, merangkul semua kaum, ada dasar ekonomi yang jelas, menarik pelaburan kerana itu masa depan anak-anak", katanya.

Beliau berucap di hadapan 1,500 pelajar dalam program Temu Anwar, Bicara Pendidikan MADANI di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang.

 

Media Baharu