CHANGLUN, 9 Julai - Pengumuman inisiatif dan insentif bagi meningkatkan kualiti hidup warga Felda oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bukti keprihatinan Kerajaan Madani.
Warga Felda melahirkan rasa syukur atas kelangsungan usaha memelihara kebajikan peneroka.
Inisiatif dan insentif yang diumumkan itu merupakan satu keputusan tepat dan berita gembira yang ditunggu-tunggu selama ini.
"Alhamdullilah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah mengumumkan 80% hutang yang ditanggung peneroka telah dihapuskan, kami sudah lama menunggu termasuk anak-anak peneroka generasi kedua, dimana ibu bapa kami dari dulu menanggung hutang tersebut dan Alhamdullilah YAB PM ke 10 dapat menyelesaikan masalah yang kami hadapi," kata Peneroka Felda Batu 8, Changlun, Datuk Shamsudin Ahmad, di sini.
"Ini adalah satu rahmat, satu keuntungan, satu keadaan dan satu ketika yang cukup meringankan mereka dan meninggalkan kesan yang cukup baik kepada mereka. Insentif yang dibuat YAB PM selaku Menteri Kewangan yang bertanggung jawab memasyikan bahawa kesejahteraan masyarakat Felda diutamakan dalam pentadbiran beliau," kata Datuk Paduka Ahmad Kassim, mewakili warga Felda.
(Datuk Paduka Ahmad Kassim)
Antara pengumuman tersebut termasuk melupuskan 80 peratus hutang Felda berjumlah RM8.3 bilion dan peruntukan RM7.7 juta setahun bagi menanggung kos operasi lampu jalan menerusi rancangan Felda seluruh negara.