fb fb fb fb fb

Buli: Lapor segera, bantu menyelamatkan mangsa

(FOTO HIASAN)

ALOR GAJAH, 9 Julai- Lapor segera jika berlaku kejadian buli di sekolah.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Melaka, ACP Foo Chek Seng berkata tindakan itu bukan sahaja menyelamatkan mangsa, malah ia juga membendung gejala buli terus berleluasa.

Selain melaporkan kepada pihak sekolah atau polis, laporan boleh dibuat menerusi aplikasi 'Volunteer Smartphone Patrol' (VSP) PDRM atau portal Aduan Buli yang disediakan Kementerian Pendidikan.

"Satu lagi kita ada peti maklumat di pihak sekolah jadi kepada rakan-rakan yang mendapati ada kawan yang dianiaya ataupun dibuli sila tulis maklumat tersebut dan letakkan di peti. Kita tak dapat bantu secara terus atau langsung pun setidaknya kita bantu secara tidak langsung iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak polis atau pihak yang berkenaan termasuk guru kaunseling atau siapa yang kita rasa selesa tapi maklumat itu sampai supaya tindakan intervensi, tindakan menyelamat dapat dilaksanakan dengan segera," katanya.


(Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Melaka, ACP Foo Chek Seng)

Beliau ditemui pemberita ketika bersiaran dalam segmen Cerita Pagi, Selamat Pagi Malaysia di Alor Gajah, Melaka.

Tambah ACP Foo, setiap lapisan masyarakat juga perlu peka dengan perubahan sikap individu terdekat khususnya pelajar sekolah bagi mengesan jika individu berkenaan turut menjadi mangsa buli.

Media Baharu