fb fb fb fb fb

Penguatkuasaan ketat sepanjang masa, pastikan keselamatan pengguna jalan raya

(FOTO FAIL)

NILAI, 23 September - Undang-undang termasuk aspek penguatkuasaan terhadap pemandu lori dan treler sudah cukup tegas dalam memastikan aspek keselamatan pengguna jalan raya.

Justeru, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya akan menjalankan penguatkuasaan yang lebih ketat sepanjang masa serta mengenakan tindakan tegas terhadap mana-mana kesalahan yang dilakukan.

(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke)

"Orang kata kita tidak tegas. Kadangkala orang ramai tidak faham, semberono cakap Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak ambil tindakan tegas.

"Peraturan sedia ada memang tindakan undang-undang itu cukup tegas. Kalau didapati mengambil lebihan muatan bukan sahaj boleh disaman tapi lori boleh disita, lucut hak milik mereka. Jadi tidak timbul soal bahawa undang-undang tidak tegas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kerjaya@Pengangkutan, di sini.

Tambah Loke, pihaknya akan terus mengadakan perbincangan bersama JPJ bagi mencari kaedah penguatkuasaan yang lebih efektif.

Media Baharu