fb fb fb fb fb

Penglibatan koperasi dalam sektor pelancongan, jumlah akan dipertingkat

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick

KUALA LUMPUR, 15 Julai - Sebanyak 233 koperasi terlibat secara khusus dalam sektor pelancongan sehingga 31 Disember tahun lepas.

Ini meliputi 39 aktiviti antaranya hotel dan inap desa, penjagaan diri dan kesihatan selain kraftangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata pelbagai usaha giat dilaksana KUSKOP untuk meningkatkan penglibatan koperasi dalam sektor tersebut.

Beliau berkata, ia antara lain bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

"Sebahagian strategi antaranya program jejak baharu dilancar pada Mei lepas di inap desa Sepang. Ini adalah pendekatan baharu bermula dengan pemberian insentif bagi membolehkan produk dan perkhidmatan koperasi diketahui orang ramai.

"Semoga tahun hadapan dapat disediakan peruntukan untuk bantu infrastruktur pelancongan di kawasan yang diusahakan koperasi pelancongan," katanya.

Beliau menjawab soalan Wakil Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, di sini.

Tambah Ewon, geran dan pembiayaan khas turut disediakan untuk membantu koperasi mengembangkan aktiviti perniagaan di sektor pelancongan.

KUSKOP bersama Kementerian Pelancongan (MOTAC) juga saling bekerjasama untuk bangunkan kawasan pelancongan yang diuruskan koperasi.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN