(Foto hiasan)
KUALA LUMPUR, 10 Oktober- Penggunaan mata wang tempatan bagi tujuan perdagangan dan eksport menjadi langkah terbaik buat Malaysia memperkukuh nilai Ringgit.
Ia sekali gus mengurangkan kebergantungan negara kepada Dolar Amerika Syarikat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beberapa negara seperti Indonesia, Thailand dan China telah mula menjalankan urusan perdagangan menggunakan Ringgit Malaysia.
(Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim)
"Kita cadangkan yang kita guna istilah 'Dedollarisation' kerana negara-negara ASEAN dan Asia, bila saya berbincang dengan Perdana Menteri China Li Qiang China di Nanning, kebergantungan kepada Dolar itu menyebabkan nilai mata wang kita jatuh, seperti mana juga yang berlaku pada Yuan Reminbi (RMB) negara China dan Yen di Jepun", katanya pada sesi Dewan Rakyat
Beliau menjawab soalan Pendang, Datuk Awang Hashim berhubung langkah kerajaan menangani impak kejatuhan nilai Ringgit.
Tambah Perdana Menteri, ketika ini sebanyak 28 peratus pelaburan besar dijalankan dengan China menggunakan Ringgit.