fb fb fb fb fb

Penganjuran kempen kesedaran integriti catat Malaysia Book Of Records

Foto RTM

SHAH ALAM, 20 Mei - Selangor menerima Anugerah Malaysia Book Of Records (MBOR) bagi kategori "Most Kindergartener Participants in an Integrity Awareness Campaign .

Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, program melibatkan 1,066 kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun melalui aktiviti mewarna.

Program bertujuan memperluas usaha pengukuhan integriti bukan sahaja dalam kalangan orang awam malah turut memfokus kepada golongan kanak-kanak.

"Walaupun, program seperti meraikan kanak-kanak. Tetapi, saya kira ia memberikan impak yang besar terhadap negara khususnya dalam menyemai nilai integriti terutama dalam membanteras rasuah sama ada secara individu atau pelbagai peringkat.

"Ini antara sebahagian beberapa langkah yang kita lakukan", katanya di sini.

Program turut mendapat kerjasama Jawatankuasa Tetap Pendidikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Persatuan Taska, Tadika & Pusat Jagaan Selangor dan Yayasan Sinar Untuk Malaysia.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD