fb fb fb fb fb

Penganjuran ASIHM21 tarikan pelancongan sukan

Datuk Seri Fadhilah Yusof

KUALA LUMPUR, 24 Januari- Penganjuran edisi kedua 'Anak Sarawak International Half Marathon' (ASIHM21) dijangka menjadi tarikan pelancongan sukan dalam negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadhilah Yusof yang juga merupakan Penaung Sarawak Volunteers, larian pada 2 Febuari dijangka menerima kira-kira 7,000 penyertaan.

Antaranya dari Amerika Syarikat (AS), Sepanyol, Jerman, Itali, Kanada, Argentina, Turki, Korea Selatan, Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.

"Ini sebahagian daripada tarikan dan saya mengharapkan dengn ada sokongan ini kita akan menarik lebih ramai pelancong-pelancong khusunya yang meminati sukan marathon ini datang ke negara kita.

"Salah satu sektor pelancongan yang boleh menarik pelancong ialah bidang sukan," katanya dalam ucapan program ASIHM21 di Jalan Ampang di ibu negara.

Terdapat tiga kategori dipertandingkan dalam edisi kali ini iaitu kategori  enam kilometer, 11 kilometer, dan 21 kilometer dengan tawaran hadiah terkumpul bagi kesemua kategori ialah RM60,000.

Larian itu akan diadakan di dua lebuh raya utama iaitu Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Kedua-dua lebuhraya utama ini akan ditutup dalam jangka masa tertentu dan dikawal sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI