(Demonstrasi penggunaan pengangkutan khas bagi golongan OKU)
KUALA LUMPUR, 15 April- Tabung Amanah Pesakit Malaysia (TAPM) dengan kerjasama hospital swasta, Hospital Pakar Al Islam menyediakan perkhidmatan pengangkutan khas secara percuma bagi pesakit golongan kurang upaya (OKU).
Penaung TAPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, ia merupakan komited pihaknya dalam meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan serta langkah keterangkuman terhadap golongan berkenaan, selain memudahkan pesakit berkerusi roda untuk ke hospital berkenaan.
"Ia direka khas supaya boleh mengangkat dan menurunkan golongan OKU yang menggunakan kerusi roda. Ini adalah menggunakan teknologi dari Itali," katanya dalam sidang media perasmian perkhidmatan itu di Hospital Pakar Al Islam, dekat sini.
Beliau turut memaklumkan, Hospital Pakar Al Islam kini dalam pelan perancangan pembinaan bangunan baharu serta penambahan peralatan melibatkan kos sebanyak RM73 juta.
Projek dijangka siap sepenuhnya menjelang 2026.
(Dr Wan Azizah Wan Ismail)