fb fb fb fb fb

Mayat dalam bagasi mungkin warga asing - Polis

 (Kamarul Zaman Mamat)

JOHOR BAHRU, 15 April- Mayat wanita yang ditemukan dalam beg bagasi dan ditinggalkan di kios perhentian bas terbiar dekat Kulai pada Rabu lalu dipercayai warga asing.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, ini berikutan bedah siasat awal tidak menemui bekas suntikan Bacillus Calmette-gurin (BCG).

"Tidak ada BCG, kemungkinan bukan warganegara Malaysia, bagaimanapun siasatan lanjut dengan pihak hospital untuk mengesan beberapa lagi maklumat masih dijakankan," katanya pada Kempen Keselamatan Jalan Raya Bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di sini.

Sementara itu, jelas beliau, polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan berpunca daripada dendam.

Hasil pemerikasaan mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian kepala wanita berkenaan dipercayai akibat dipukul objek tumpul.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 (Foto hiasan)

 

Media Baharu