fb fb fb fb fb

Penganggur mengaku salah, rogol adik ipar

IPOH, 22 September- Seorang pengganggur mengaku bersalah atas pertuduhan merogol adik ipar berusia 11 tahun minggu lalu.

Lelaki berusia 22 tahun itu dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan berkenaan pada 16 September kira-kira pukul 11.00 malam di sebuah rumah di Taman Bersatu, di sini.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.

Pertuduhan dibaca bersama mengikut Seksyen 16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 23 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

(Penganggur mengaku salah rogol adik ipar)

Media Baharu