KUALA LUMPUR, 29 Mei- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengucapkan penghargaan kepada semua pengamal media sempena Hari Wartawan Nasional 2025.
Beliau menerusi hantran Facebook menyifatkan pengamal media mempamerkan sepenuh dedikasi dalam menyampaikan pelaporan.
"Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pengamal media atas jasa dan dedikasi yang tidak ternilai.
"Teruskan komitmen dan amalan beretika dalam menyampaikan maklumat sahih, demi membina sebuah negara yang bermaklumat dan berintegriti," menurut hantaran itu.
Majlis Kemuncak Sambutan HAWANA 2025 akan diadakan pada 14 Jun depan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
HAWANA, yang memasuki edisi kelima tahun ini merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pengamal media bagi menghargai peranan dan sumbangan mereka dalam pembangunan negara.