fb fb fb fb fb

Pengacara AI, teknologi AR serlahkan keunikan ASA 2024

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman / Foto RTM

PUTRAJAYA, 27 Oktober – Penggunaan elemen pengacara Kecerdasan Buatan (AI) dan teknologi Realiti Terimbuh (AR) menyerlahkan keunikan Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2024.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman, berkata pendekatan inovatif ini membuktikan komitmen RTM dalam menyajikan penerbitan berkualiti tinggi kepada penonton, sekali gus meletakkan RTM pada kedudukan lebih tinggi dalam bidang penyiaran.

"Saya rasa ini bukti rakan-rakan di RTM sangat berdedikasi. Apabila kita bekerja keras dan bekerjasama, kita dapat hasilkan penerbitan bermutu tinggi.

"Sekarang, kita sudah ada standard yang tinggi, jadi kita hanya bersaing dengan diri sendiri untuk menghasilkan yang lebih baik daripada sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas anugerah itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

ASA 2024 turut memperkenalkan kelainan dengan kehadiran pengacara AI yang dikenali sebagai 'Ivan'.

 

BERITA BERKAITAN:

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN