fb fb fb fb fb

Penerima STR di Kuantan teruja nikmati BUDI95

FOTO RTM

KUANTAN, 28 September- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini meluahkan rasa teruja dan bersyukur menjadi antara individu terawal menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter selepas inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) diperluaskan kepada lima juta orang bermula hari ini.

Tinjauan RTM di stesen minyak di sini mendapati penerima STR menerima sistem pesanan ringkas (SMS) memaklumkan kelayakan mereka sejak semalam.

Pekerja stesen minyak turut membantu memberi penerangan mengenai prosedur pembelian menggunakan kad pengenalan serta baki kuota 300 liter yang dinikmati pada resit pembelian.

Penerima STR, Roshayati Mohd berkata, beliau menerima SMS mengenai iniastif itu malam tadi. "Orang lain hanya akan dapat manfaat pada 30 haribulan (Selasa), tapi Alhamdulillah, saya layak mulai hari ini.

Firdaus Ramli pula menyatakan, "Harga rendah ini menjimatkan. Dengan kuota 300 liter, saya dan isteri boleh guna 600 liter sebulan. Ini kali pertama saya cuba isi."

Ariff Nizam Ariffin menambah, "Bagus sebab awal dapat isi, boleh jimat kos sara hidup. Memang ada keuntungan sedikit."

Ainur Syaina Annuar pula rasa bersyukur kerana berjaya dapat subsidi tambahan. "Hari ini baru cuba isi di Balok dan semangat nak cuba guna kad pengenalan, sebab pekerja stesen minyak kata untuk dapat subsidi, kena jadi penerima STR dulu. Alhamdulillah, saya berjaya isi tadi."

Amir Tajuddin Zubir berkongsi, "Sebelum ini harga 2.05 sen, hari ini 1.99 sen. Walaupun kecil, ia amat bermakna bagi kami."

SITI AISHAH BINTI MD ISA