fb fb fb fb fb

Penerangan dan promosi Malaysia Madani dipergiat

KUALA LUMPUR, 5 April - Penerangan dan promosi terhadap konsep Malaysia Madani akan giat dilaksanakan ke seluruh pelusuk negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

Usaha pemahaman konsep ini penting kepada rakyat dalam menuju Malaysia baharu yang megah di persada dunia.

(Datuk Ugak Anak Kumbong menjawab pertanyaan
Senator Datuk Ahmad Datuk Seri Ibrahim, di Dewan Negara)

"Melalui Rancangan Malaysia Keduabelas (RMKe-12), pada tahun 2023, Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), Jabatan Perdana Menteri telah luluskan peruntukan sebanyak RM4.6 juta untuk melaksanakan Pelan Komunikasi dan Promosi Agenda Malaysia Madani.

"Untuk menyebarluaskan maksud sebenar Malaysia Madani kepada rakyat melalui pelbagai medium seperti TV, Radio, percetakan papan iklan, penerbitan ilmiah, pembikinan video, promosi di media sosial dan sebagainya," kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Ugak Anak Kumbong.

Tambah beliau Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kini sedang melaksanakan penyebaran konsep Malaysia Madani serta beberapa program mempromosikan perpaduan dalam Agenda Malaysia Madani turut dijalankan Kementerian Perpaduan Negara.


Media Baharu