fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir Sabah meningkat

Empat PPS masih beroperasi di Penampang dan Beaufort

KOTA KINABALU, 14 September - Penduduk terjejas akibat banjir di Sabah dilaporkan meningkat, setakat 12 tengah hari tadi.

Ia melibatkan 401 orang berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Beaufort dan Penampang.

Kesemua mereka daripada 125 keluarga berlindung di empat PPS iaitu masing-masing 247 penduduk di Penampang dan 154 orang di Beaufort.

Tiga PPS kekal aktif di Penampang iaitu Kompleks Sukan Penampang, Sekolah Kebangsaan (SK) St. Paul Kolopis dan Dewan Huguan Siou.

Manakala di Beaufort penduduk ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon.

Sebanyak 22 buah kampung terjejas banjir iaitu 14 di Penampang dan 8 kampung di Beaufort.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN