MARANG, 23 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu meningkat kepada 398 orang setakat pukul 10.00 pagi tadi, berbanding 221 orang pada malam tadi.
Kesemua mereka ditempatkan di 17 pusat pemindahan banjir (PPS).
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Terengganu memaklumkan, antara enam daerah yang paling terjejas ialah Marang dengan 195 penduduk ditempatkan di empat PPS.
"Di Hulu Terengganu 68 penduduk berlindung di empat PPS, Besut 43 orang di dua PPS, Dungun 59 orang di tiga PPS, Kemaman 32 orang di dua PPS dan Setiu hanya satu orang di PPS Balai Raya Kampung Bintang," menurut sekretariat jawatankuasa pengurusan banjir itu.
Ketika ini, paras air Sungai Marang di jambatan Pengkalan Berangan serta Sungai Nerus di Kampung Langkap dan Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu berada pada paras amaran.