fb fb fb fb fb

Ambulans terbalik, pemandu dan pembantu perubatan cedera ringan

Foto Polis

KULIM, 23 November - Sebuah ambulans swasta terbalik selepas terbabit kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Lebuh Hi Tech, simpang tiga lampu isyarat Hospital Kulim, malam tadi.

Bagaimanapun, ambulans tersebut tidak membawa pesakit dan hanya pemandu serta pembantu perubatan berada di dalam kenderaan itu mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Zulkifli Azizan menerusi kenyataan berkata, siasatan polis mendapati kemalangan dipercayai berlaku sekitar pukul 8.20 malam, ketika ambulans yang dipandu lelaki berusia 33 tahun itu dalam penugasan dari sebuah hospital swasta di Bandar Perda, Pulau Pinang ke Hospital Kulim.

"Sebaik tiba di lampu isyarat simpang tiga Hospital Kulim, ambulans itu membelok masuk sebelah kanan sambil bunyikan siren dan menyalakan lampu 'beacon' dan pada masa sama, ketika itu lampu isyarat berwarna merah.

"Namun secara tiba-tiba datang sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 19 tahun dari arah bertentangan dan melanggar di bahagian belakang sisi sebelah kiri ambulans terbabit," kata Zulkifli.

Beliau memaklumkan, kes disiasat bawah Rule 17 LN 166/59 dan pihaknya sudah merakam percakapan pemandu van ambulans itu.

TETITIA YUSOFF