fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Terengganu sedikit menurun

Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 27 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir gelombang ketiga di negeri Terengganu sedikit menurun kepada 419 orang setakat pukul 4 petang, berbanding 468 orang pada tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memaklumkan empat pusat pemindahan sementara (PPS) masih kekal dibuka.

Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jembal menunjukkan penurunan kepada 283 orang berbanding 311 tengah hari tadi.

Penurunan juga direkodkan di SK Chendering apabila hanya tinggal 71 orang ketika ini.

SK Kompleks Mengabang Telipot juga menurun kepada 52 orang berbanding 61 penduduk sebelum ini.

Manakala Dewan Sivik Kampung Seberang Pintasan kekal dengan 13 orang penduduk.

Ketika ini hujan dilaporkan berlaku di beberapa kawasan dan menunjukkan trend penurunan.

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN