fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Perak terus meningkat

FOTO BERNAMA

IPOH, 1 Disember - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak terus meningkat kepada 339 orang daripada 110 keluarga setakat pukul 10.0 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, sebanyak lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di empat daerah.

"PPS Dewan Orang Ramai Kampung Satu di daerah Kinta menempatkan jumlah penduduk paling ramai iaitu 123 orang daripada 39 penduduk.

"Di daerah sama, 29 penduduk daripada 12 keluarga dipindahkan ke PPS Dewan Dato Azmu Kampung Kepayang Fair Park dan 19 penduduk daripada lapan keluarga berlindung di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sri Kinta," menurut jawatankuasa itu.

Manakala PPS Dewan Orang Ramai Kampung Tasek menempatkan 12 penduduk daripada tiga keluarga dan PPS Dewan Komuniti Taman Berjaya, Tanjung Rambutan menempatkan tujuh penduduk daripada satu keluarga.

Sementara itu di daerah Kampar seramai 56 penduduk daripada 20 keluarga berlindung di PPS SK Kota Baharu.

47 penduduk daripada 12 keluarga pula ditempatkan di PPS SK Matang Gelugor di daerah Larut Matang dan Selama.

Dalam pada itu di daerah Hilir Perak, seramai 46 penduduk daripada 15 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.

TETITIA YUSOFF