IPOH, 30 Oktober - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak kekal 158 daripada 41 keluarga.
Kesemua penduduk terjejas dari daerah Manjung dan masih berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai dan Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan.
PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai menempatkan 130 orang daripada 36 kelurga.
Manakala PPS Dewan Bandaran Majlis Perbandaran Teluk Intan menempatkan 28 penduduk daripada lima keluarga.