TAIPING, 5 Oktober - Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak berkurang kepada 104 yang terdiri daripada 31 keluarga setakat pukul 12.00 tengah hari tadi. 
 
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih lagi beroperasi.
"Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Gelugor merekodkan jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 44 terdiri daripada 12 keluarga.
"Nilang penduduk terjejas banjir di PPS SK Matang kekal dengan 38 terdiri daripada 11 keluarga," menurut kenyataan itu.
 
Sementara itu, PPS SK Simpang, di sini juga tiada perubahan penduduk terjejas dengan merekodkan 22 individu terdiri daripada lapan keluarga yang masih berlindung di PPS tersebut.