fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Pasir Mas sama seperti direkodkan malam tadi

SK Gual To’Deh menempatkan 792 orang daripada 258 keluarga

KOTA BHARU, 6 Disember - Bilangan penduduk terjejas banjir di Pasir Mas masih sama iaitu 3,260 orang daripada 989 keluarga setakat pukul 8.00 pagi ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kesemua penduduk terjejas sedang berlindung di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan itu.

"Di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi menempatkan 590 orang daripada 108 keluarga, SK Gual To’Deh (792 orang daripada 258 keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (153 orang daripada 41 keluarga) dan SMK Baroh Pial (664 orang daripada 240 keluarga)," menurut portal itu.

Tiga lagi PPS iaitu SK Kedai Tanjong memberi perlindungan kepada 58 orang daripada 18 keluarga, SK Gual Periok (256 orang daripada 75) dan Madrasah Tasek Bakong (82 orang daripada 23 keluarga).

Sebanyak 320 penduduk daripada 119 keluarga sedang berlindung di Masjid Mukim Padang Licin manakala SK Sri Kiambang menempatkan 345 penduduk daripada 107 keluarga.

TETITIA YUSOFF