fb fb fb fb fb

Umar Syazuli dan Marzian, juara Qari dan Qariah Tilawah dan Hafazan peringkat negeri Pulau Pinang

Muhammad Umar Syazuli Mohd Tahir

PERMATANG PAUH, 6 Disember - Muhammad Umar Syazuli Mohd Tahir dan Marzian Mohd Deli masing-masing dinobatkan sebagai johan Qari dan Qariah pada majlis Tilawah dan Hafazan peringkat negeri Pulau Pinang tahun 1445 Hijrah 2023 Masihi yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai, Permatang Pauh, malam tadi.

Keputusan itu melayakkan kedua-duanya membawa pulang wang tunai RM4,000, piala pusingan, piala iringan dan pakej menunaikan umrah bernilai RM7,000. 

"Kita berusaha mencari ilmu kita hendak lihat tahap pencapaian dan kita boleh mengetahui pencapaian daripada segi pelbagai aspek kemudian dan berhasrat untuk menambah lagi ilmu sebabnya banyak lagi ilmu perlu diceburi dan dipelajari," kata johan qariah, Marzian.

"Dapat memperbaiki bacaan Al-Quran dan kita harapkan dapat berkat dan keredhaan daripada Allah SWT," kata johan qari, Muhammad Umar Syazuli.

Hadiah disampaikan Yang Dipertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isterinya Datuk Seri Utama Khadijah Mohd Nor.

Kedua-dua pemenang bakal mewakili Pulau Pinang pada majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat kebangsaan pada tahun hadapan. 

TETITIA YUSOFF